“Izlan adalah kawan saya..” cetus lelaki itu tiba-tiba.
“I’m sorry Encik Ikmal. Saya tak faham maksud awak..” balas wanita itu. Dia merenung lelaki di depannya itu dan kemudian tunduk menguis bintik-bintik air yang terdapat di dinding gelas dengan hujung jarinya yang berkuku merah terang itu.
“Izlan pernah beritahu saya, cerita awak dan rumah tangga awak..”
“Encik Ikmal, saya tahu Izlan kawan awak tapi saya tidak suka orang lain campur tangan dengan masalah keluarga kami,” jawab wanita itu lembut tetapi tegas.
“Ya, saya faham tapi ia melibatkan rumah tangga saya juga...!” Tegas lelaki itu lagi.
Wanita itu sedikit tercengang. Dia merenung lelaki di depannya dengan wajah yang berkerut.
“Saya semakin tidak faham ...”
“Well.. gini ajelah. Awak beritahu Izlan jangan ganggu isteri saya lagi, “ tingkah Ikmal keras. Dia merenung tajam ke arah wanita muda di depannya itu.
“Nonsense..! Setahu I Izlan bukan kaki perempuan..”
“Ya tapi bukan dengan perempuan lain. Sebab dia Aira tidak mahu kembali kepada I..”
“Aira? Maksud encik?”
“Aira isteri I dan ex-fiance Izlan sebelum you..”
“Oh! No...! Along ... mereka berhubungan semula ke?”
“Ya sebab tu saya jumpa awak ni..”
“Encik Ikmal, saya takut! Memang saya ada cabar dia cari Aira. Saya tidak tahu dia isteri awak..”
“ Nonsense! Puan Jem, sekali lagi saya bagi amaran , beritahu suami awak jangan ganggu isteri saya lagi...” jelas Ikmal tegas. Merah padam muka Jemniati mendengar ucapan Ikmal. Dia terasa ingin menangis mendengar berita itu.
“Baiklah Encik Ikmal..! Saya janji akan pastikan suami saya tidak akan bersama isteri awak lagi,” balas Jemniati sebelum meninggalkan Ikmal di meja itu. Dia berlalu dnegan hati yang bengkak. Izlan..nanti kau..
Ikmal tersenyum puas. Dia berharap rancangannya berjaya. Dia tahu suatu hari Aira mesti kembali kepadanya.

No comments:
Post a Comment