Pena Menari 1

Pena Menari 1

Pena Menari 2

Pena Menari 2

Pena Menari 3

Pena Menari 3

Total Pageviews

Saturday 2 December 2023

Bab 3: Izlan, Jem, Aira dan Ikmal

 

BAB 3

“Encik Izlan, isteri you nak jumpa,” Sherry setiausahanya muncul di pintu. Izlan mengangguk dan menyuruh masuk dengan isyarat mata. Dia menulis ayat-ayat terakhir pada skrin komputernya sebelum menolak keyboardnya ke tepi. Kemudian dia menyusun fail di depannya ke dalam rak untuk tindakan setiausahanya.

“Lan.. I tak sangka you curang pada I..”sembur Jemniati tanpa memberi salam sambil menolak pintu kasar. Dia menyerbu masuk dengan terburu-buru dan menerpa ke arah Izlan. Izalan terpana seketika. Dia tidak menyangka tindakan isterinya sebegitu. 

“Jem, duduk dulu. Kita bincang perlahan-lahan...” tutur Izlan lembut sambil menarik tangan isterinya ke arah sofa di sudut biliknya. Jemniati  duduk dengan muka yang kecewa dan deraian air mata. Izlan mengambil tempat duduk di sisi isterinya dan cuba memaut tubuh isterinya ke dalam pelukannya.

Jemniati meronta-ronta tubuhnya enggan dipeluk oleh Izlan. Dia menepis kasar dan menumbuk dada Izlan dengan bertubi-tubi. Izlan melepaskan tubuh isterinya dan cuba mengadap merenung wajah isterinya.

“I tahu you masih cintakan dia, tapi dia dah jadi bini orang. Buat apa you ganggu dia lagi..” hambur Jemniati  lantang. Tanganya memukul dada Izlan. 

“Jem, slowdown sikit. Dekat luar tu ramai staf I. Bilik sebelah tu Encik Abid bos I..” balas Izlan lembut berhati-hati.

“ I tahu ini ofis you. Tapi I tak suka you contact lagi betina tu..!”

“Hei, come on! Apa yang merasuk awak ni. Jangan marah-marah. Siapa yang awak maksudkan ni..”

“Aira, kekasih you lah..”

“Ho..ho..ho.. bagaimana awak tahu pasal dia?”

“ I jumpa husband dia. Dia beritahu you yang kacau isteri dia..”

“Em.. lelaki tak guna tu.. apa yang dia cerita pada you?”

“Banyak...! I malu dengan perangai you tau... I tak sangka begini jadi akhirnya,” tangisan Jemniati  mula bergema. Izlan serba salah. Dia ingin memujuk tapi...

“Jem.. dengar dulu baik-baik! Memang I mengaku I ada affair dengan along. You tidak tahu cerita sebenarnya. I cuba selamatkan dia dari tangan suaminya yang tidak bertanggungjawab tu..”

“You yang tak guna...!!!”

“Kalau you tak percayakan I, you boleh jumpa dia. I bagi you no.phone Along,”

Hampir setengah jam Izlan cuba memujuk isterinya. Apabila tangisan Jem mula reda, Izlan memimpin isterinya keluar dari biliknya. Dia perasan beebrapa pasang mata staf di situ memandang serong ke arahnya. Tapi dia terus memimpin isterinya keluar dari pejabat itu.

“Jem.. semua ini silap you. Jika you tidak memetingkan diri sendiri perkara ini tidak akan terjadi..” tegas Izlan sambil memandu tenang. Dia menjeling sekilas wajah isterinya yang sembab matanya akibat tangisan tadi.

“ I tahu I salah. Tapi tinggalkan perempuan tu,” rayu IJemniati  lagi.

“ Maafkan I IJem. I tak boleh berbuat begitu lagi Jem.”

“You zalim Lan. I isteri you. Anak-anak kita..”

“Baguslah Jem kalau you dah sedar. Selama ini I makan hati dengan you. You sanggup buang I dan anak-anak kerana lelaki tu dan kerja you itu. Maafkan I, Jem. I tidak akan berpaling lagi ..!”

Balas Izlan dan menekan minyak dan meninggalkan Jemniati berdiri kaku di depan pintu pagar rumah mereka. Dia terus memecut kenderaannya ke arah rumah Aira.

Setelah meletakkan keretanya di tempat parking dia meluru ke lif. Terus di tekan nombor lima. Dia hanya tersenyum bila lif berhenti di aras tiga bila seorang wanita masuk. Dia mengangguk dan cepat-cepat keluar bila lif terbuka di aras lima.

Dia membelok ke kanan dan menghampiri pintu dan ingin mengetuk tapi tidak jadi apabila terdengar suara yang bising dari dalam. Dia cuba memasang telinga tapi tidak jelas. Dia meraba poket seluarnya dan mengeluarkan kunci.  Perlahan-lahan dimasukkan anak kunci dan di tolak pintu dengan hati-hati.

“Tidak.. saya tak sanggup kembali lagi pada abang..” jelas pendengarannya suara Aira yang mengongoi.

“Selama saya bersama abang, abang hina saya. Abang keji saya. Abang belasah saya sehingga luka dan masih ada lagi parut di badan saya ini akibat perbuatan abang..” 

Izlan berdiri kaku di balik pintu. Dia pasti itu suara Aira tetapi suara lelaki tidak kedengaran.

Serentak dengan itu pintu bilik di buka kasar. Izlan terkejut dan ketepi tapi perempuan itu apabila melihat kehadirannya terus meluru memeluknya dan menangis terisak-isak.

“Abang.. tolong Along bang . Along tidak ingin dia lagi bang..” Tangis Aira merayu seperti anak-anak kecil. Izlan mengelus rambut Aira yang menegrbang. Dia membisu sahaja tanpa bicara. Dia ingin bersuara memujuk tapi tersembul batang tubuh Ikmal dengan wajah yang bengis. Melihat situasi itu, Ikmal terus menyarung kasutnya dan berlalu ke lif yang kebetulan terbuka.

Sepeninggalan Ikmal, Izlan memimpin Aira masuk kembali ke dalam rumah dan menutup pintu.

“Sabarlah along. Abang ada di sampingmu. Bertenanglah sayang..” pujuk Izlan. Dia cuba menenangkan kekasihnya yang masih terisak-isak di dadanya. Baju kemeja yang dipakainya juga terasa basah di bahagian dada terkena air mata Aira. Izlan memimpin Aira duduk di sofa panjang. Pelukannya  tidak dilepaskan. Aira masih tersembam di dadanya. Lama juga Aira menangis. Izlan tidak mampu memujuk lagi dan membiarkan sahaja Aira menangis sehingga puas. Lenguh juga dia duduk begitu. Perlahan-lahan dia membaringkan tubuhnya di sofa dan tubuh Aira juga jatuh ke atas dadanya. Akhirnya mereka tertidur di situ.

Bila dia tersedar tengah malam itu, Aira sudah tiada bersamanya. Dia juga sudah diselimutkan oleh satu selimut yang wangi. Tentu Aira yang menyelimutkannya. Dia bangunmenuju ke bilik Aira. Lampu di kamar itu masih terpasang. Dia cuba mengintai melalui celah pintu. Jelas terlihat olehnya Aira sedang terbaring di atas katilnya. Lama juga dia memerhati. Naluri kelakiannya membuak. Bila dia cuba menolak pintu yang tidak tertutup rapat itu, hatinya bergetar. Matanya merayap ke segenap tubuh Aira yang berpakaian nipis itu. Dia perlahan-lahan duduk dan mencangkung. Perlahan-lahan juga dia tunduk dan mencium pipi Aira yang gebu itu. Nafasnya sesak. Dia tidak jadi bertindak lebih jauh apabila Aira tiba-tiba bergerak ke sebelah. Cepat-cepat dia tersedar dan menggeleng kepalanya kesal. Dia menarik gebar di kaki Aira dan menutupi tubuh kekasihnya itu. Dia memerhati sekilas dan ingin melangkah ke pintu.

“Abang..” terdengar rengekkan manja yang mematikan langkahnya. Dia berpaling dan kelihatan Aira yang tidur terlentang. Aira membuka mata dan memandangnya tersenyum menggoda.

“Abang nak ke mana tu?” tegur Aira manis.

“Sorry.. abang nak balik, “ jawabnya teragak-agak.

“Abang tak sayangkan Along?” tanya suara manja itu lagi.

“Jangan tinggalkan Along bang..” rayu Aira mendesah. Aduh manisnya suara itu. Merdunya permintaan itu.

“Tidurlah sayang. Abang belum mengantuk lagi..” ujar Izlan dan menolak daun pintu. 

“Abang .. along laparlah..”

Langkah Izlan terhenti. Dia berpaling. Aira tersengih memandangnya. Izlan menatap jam di tangannya. Dia berfikir seketika.

“Warung mamak buka 24 jam. Roti canai cukup?” tanya izlan kemudian. Aira pantas mengangguk. Izlan mendepangkan tangannya sambil mengangkat bahu. Dia meninggalkan kamar Aira sambil memberi isyarat dia menunggu di luar.

Pertemuan Ikmal dan Jem


Di sebuah meja kecil tepi tingkap seorang lelaki berbual-berbual bersama seorang wanita muda yang berpakaian kemas berskaf di leher. Di depan mereka hanya ada minuman sahaja.

“Izlan adalah kawan saya..” cetus lelaki itu tiba-tiba. 

“I’m sorry Encik Ikmal. Saya  tak faham maksud awak..” balas wanita itu. Dia merenung lelaki di depannya itu dan kemudian tunduk menguis bintik-bintik air yang terdapat di dinding gelas dengan hujung jarinya yang berkuku merah terang itu.

“Izlan pernah beritahu saya, cerita awak dan rumah tangga awak..”

“Encik Ikmal, saya tahu Izlan kawan awak tapi saya tidak suka orang lain campur tangan dengan masalah keluarga kami,” jawab wanita itu lembut tetapi tegas.

“Ya, saya faham tapi ia melibatkan rumah tangga saya juga...!” Tegas lelaki itu lagi.

Wanita itu sedikit tercengang. Dia merenung lelaki di depannya dengan wajah yang berkerut.

“Saya semakin tidak faham ...”

“Well.. gini ajelah. Awak beritahu Izlan jangan ganggu isteri saya lagi, “ tingkah Ikmal keras. Dia merenung tajam ke arah wanita muda di depannya itu. 

“Nonsense..! Setahu I Izlan bukan kaki perempuan..”

“Ya tapi bukan dengan perempuan lain. Sebab dia Aira tidak mahu kembali kepada I..”

“Aira? Maksud encik?”

“Aira isteri I dan ex-fiance Izlan sebelum you..”

“Oh! No...! Along ... mereka berhubungan semula ke?”

“Ya sebab tu saya jumpa awak ni..”

“Encik Ikmal, saya takut! Memang saya ada cabar dia cari Aira. Saya tidak tahu dia isteri awak..”

“ Nonsense! Puan Jem, sekali lagi saya bagi amaran , beritahu suami awak jangan ganggu isteri saya lagi...” jelas Ikmal tegas. Merah padam muka Jemniati mendengar ucapan Ikmal. Dia terasa ingin menangis mendengar berita itu.

“Baiklah Encik Ikmal..! Saya janji akan pastikan suami saya tidak akan bersama isteri awak lagi,” balas Jemniati sebelum meninggalkan Ikmal di meja itu. Dia berlalu dnegan hati yang bengkak. Izlan..nanti kau..

Ikmal tersenyum puas. Dia berharap rancangannya berjaya. Dia tahu suatu hari Aira mesti kembali kepadanya.